Friday, June 30, 2006

A'kum semua ...

Terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan juga kebelakangan ini kesihatan saya sedikit merosot ... demam .... demam bola sepak ... membuatkan dah lama saya tak sempat singgah di sini .. maaf ye ...

Seperti yang semua maklum .. Bongkar dah masuk episod ke 9 dan ada yang menyarankan untuk kami terbitkan dalam bentuk VCD ... bagus idea tu ... tapi ...ingin saya maklumkan bahawa Hak Cipta adalah milik penuh RTM. Dan insyallah selepas ini Kem Karismatik akan menemui anda dalam masa terdekat juga di RTM. Saya belum dapat maklumat secara terperinci berhubung tarikh dan waktu siaran dan saya juga belum sempat untuk menceritakan sedikit pengalaman saya di Kem Karismatik ... insyallah jika berkesempatan nanti .. pengalaman di Kem Karismatik yang tak dapat anda tonton di kaca TV akan saya kongsi setiap minggu di sini.

Baiklah ... berkat doa anda semua ... Allah telah murahkan rezeki kami sekali lagi ... sukacita saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang khabar gembira ini. Projek terbaru kami telah diterima oleh pihak Astro dan dalam sehari dua lagi Ziarah kami bermula. Penggambaran Ziarah akan mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan 20 episod yang akan disiarkan di Astro Ria sepanjang bulan Ramadhan. Terima kasih banyak-banyak Astro Ria atas kepercayaan ini.

Ziarah adalah sebuah program yang memaparkan realiti kehidupan umat Islam terpencil di garisan krisis untuk kita insafi dan teladani.

Secara ringkas .. ini Ziarah kami ... Islamabad - Kabul - Bamiyan - Jalalabad - Peshawar - Muzafarabad - Kashmir - Tashkent - Byskek - Ashghabat - Amman (sempadan Iraq) - Beirut - Damsyik - Tebing Barat - Tel Aviv - Baitulaham - Tehran - Esfahan - Goa - Colombo.

Mungkin ada antara anda yang risau tentang Ziarah kami ... maklumlah ... dari senarai destinasi Ziarah .. kebanyakannya wilayah bergolak ... namun begitu saya dan tim produksi cukup bersemangat untuk menghasilkan yang terbaik untuk anda semua.

Saya tak menjanjikan yang saya dapat singgah di sini sepanjang Ziarah kami memandangkan kebanyakan destinasi adalah kawasan terpencil. Namun begitu, saya akan cuba berbuat demikian jika ada perkhidmatan internet dan ada kesempatan.

Namun begitu ... entah kenapa ... saya sedikit merasa berat hati untuk meninggalkan tanahair kali ini ... mungkin tidak berada di tanahair ketika bulan kemerdekaan membuatkan saya merasa sedikit hiba dan sayu .... HOW COULD THIS HAPPEN TO ME .. alamak sedih pulak hehehehe!

Apapun ... saya tak mahu ambil risiko ... tak sempat menyatakan yang saya amat menghargai sokongan berterusan dan doa berpanjangan anda semua. Andainya kita tak jumpa lagi .. anda semua dengarkanlah DEALOVA.

Akhir kata ... jaga diri baik-baik ... insyallah kita jumpa lagi.

Salam,
Wan Din.

Thursday, June 08, 2006

Salam untuk semua.

Saya mohon maaf kerana agak lama tidak berkesempatan mencoret sesuatu di sini atas kesibukan tugas. Mungkin ada sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama di kesempatan ini. Menurut sumber, rating untuk empat episod pertama Bongkar mencatatkan purata penonton menghampiri 200,000 orang. TAHNIAH UNTUK SEMUA!!!

Bagi saya secara peribadi ia adalah satu pencapaian cemerlang kerana bukan mudah program berbentuk majalah dan ehwal semasa yang disiarkan pada slot tengahmalam mendapat sambutan sebegitu rupa.

Apapun, saya tidak mempunyai sasaran yang tinggi tetapi pencapaian cemerlang ini akan lebih gemilang sekiranya satu peratus sahaja dari jumlah penonton mengambil paparan Bongkar sebagai iktibar dan kita sama-sama mengambil tindakan sewajarnya .

Sekali lagi kesempatan ini saya ambil untuk merakamkan penghargaan kepada pihak RTM kerana memberi peluang kepada kami untuk berjuang dengan cara kami demi agama, bangsa dan negara.

Juga kepada pihak media cetak yang tidak jemu jemu menyokong kami dan tidak lupa kepada anda semua yang akan terus saya hargai di atas kata kata semangat, komen, cadangan dan pendapat.

Terima kasih dan jaga diri baik-baik. Jumpa lagi lain kali.

p/s: Saya tidak menghadkan komen positif semata-mata kerana saya hargai setiap komen yang diberikan.